i-charge , i-mini , i-power untuk menjimatkan tenaga ( SEMPENA HARI JIMAT TENAGA SEDUNIA ))

ALHAMDULILLAH, akhirnya tercipta juga benda teknologi ini untuk penjimatan tenaga sumber bumi.

"Siapa lagi jika bukan kita semua yang menjimatkannya untuk memanjangkan tempoh jangka hayat sumber tenaga asli di negara ini iaitu minyak dan gas, di samping mengurangkan kesan kepanasan global terhadap alam sekitar,"

Petikan Kata-kata dari: Pemangku Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Awang Haji Umar bin Haji Mohd. Tahir menerangkan perkara tersebut di Sidang Media yang diadakan di Bilik Persidangan Setia Negara, Ibu Pejabat, JPE.

PANTUN:

Brunei Darussalam Negara Bertuah
Negara Zikir Membawa Barkah
Pembaziran Tenaga Tidak Berfaedah
Jika Di-Biar Membawa Padah

24 Mei Hari Tenaga
Pentingnya Perubahan Slogan Kita
Bersepadulah Kitani Menjimat Tenaga
Untuk Kesejahteraan dan Kemakmuran Negara

Hari Tenaga Berhasrat Murni
Meningkat Kesedaran Penduduk Negara ini
Minyak Dan Gas Sumber Penting Ekonomi
Jimatkan Tenaga Tanggungjawab Kitani

Menjimatkan Tenaga Perkara Mudah
Boleh Dimulakan Dari Rumah
Komitmen Semua Hendaklah Bertambah
Kearah Gayahidup Berjimat dan Berhemah

Petikan Pantun:
YANG BERHORMAT
PEHIN ORANG KAYA SERI DEWA MEJAR JENERAL (B) DATO SERI PAHLAWAN AWANG HAJI MOHAMMAD BIN HAJI DAUD
MENTERI TENAGA (MINISTER OF ENERGY)
DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tema Hari Tenaga 2009 iaitu "JIMATKAN TENAGA, TANGGUNGJAWAB KITANI".

Tema Hari Tenaga 2010 iaitu 'Hargai Tenaga Kitani'.

Selagi kita menggunakan kenderaan (kereta,motor) dan tempat kediaman (rumah yang menggunakan tenaga elektrik) kita memerlukan barang ini sewajarnya untuk menyokong penjimatan sumber bumi kitani dan untuk mengelakan pembaziran pengguna dan menyelamatkan ekonomi negara agar sumber bumi kitani boleh digunakan oleh generasi yang akan datang INSYALLAH. Amin

jika hati awda terbuka untuk memerlukan barang ini sila hubungi ditalian : 8181002 (call or sms)
atau melalui email : amka_202@yahoo.com

" Orang yang BERJAYA sentiasa mencari peluang, Orang yang GAGAL sentiasa mencari alasan"

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

i-charge untuk membantu kenderaan (kereta) biskita




1. Apa i-CHARGE?
i-CHARGE merupakan suatu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem, iaitu, Sistem Pemantap Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan Sistem Pengurangan Gangguan (IRS).

2. Bagaimana i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya? Apakah kelebihan-kelebihan yang boleh kita nikmati selepas i-CHAGRE dipasang?
Pemantap Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. Sistem Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa menampung muatan yang lebih, seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, kuasa voltan daripada sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan sistem elektronik yang baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan kuasa voltan itu menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan, membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai. Dengan itu, ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik kereta beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE kedua pula tentang Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa voltan bateri. Apa yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LED (MERAH) yang direka khas pada papan i-CHARGE, tanpa membuka hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan memahami keadaan bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga, Sistem Pengurangan Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai jenis komponen elektronik, seperti badan manusia. Ia bukan saja mengandungi reseptor (seperti saraf tunjang tangan), reflektor (seperti sistem saraf motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk pemprosesan. Kemudian, maklumat baru akan dihantar kembali kepada reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan. Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak balas. IRS berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.

3. Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna?
Cara penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta selepas anda memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh.

4. Berapa lama jangka hayat i-CHARGE?
Biasanya, jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun, begitu juga dengan ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda menggunakannya dengan cermat, ia boleh bertahan lebih lama, kira-kira 10 tahun.

5. Bagaimana anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi?
Secara teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak. Anda boleh tekan Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu LED HIJAU masih menyala. Kalau ya, ini bererti i-CHARGE berkeadaan baik. Jika lampu LED terpadam, ini juga tidak bererti i-CHARGE bermasalah. Namun, kami menasihatkan anda agar memulangkannya kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika ia masih dalam waranti, syarikat akan membaiki atau menggantikannya dengan i-CHARGE yang baru secara percuma.

6. Ketika anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU menyala, apa maksud tanda-tanda ini?
Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua situasi ini memaklumkan anda:
a) Lampu LED HIJAU menyala: Kuasa voltan normal, bateri berkeadaan baik.
b) Lampu LED RED menyala: Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama ada ia perlu digantikan.

7. Bila i-CHARGE mula beroperasi?
Biasanya, i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang untuk beberapa saat.

8. Adakah i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan?
Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada bateri kereta menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal kereta saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada kereta. Sudah tentu, anda tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.

9. Adakah fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih?
Biasanya, fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara cermat. Tapi, kami mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk sebuah kereta, sebab tindakan mengalih i-CHARGE yang berulang kali mungkin akan merosakkan suis pencucuh kereta dan soketnya. Jika anda fikir i-CHARGE, suatu produk yang baik, anda harus memasang setiap i-CHARGE pada kereta yang berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari sebuah kereta kepada kereta yang lain, kerana tindakan ini akan menyingkatkan jangka hayatnya.

10. Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?
Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

11. Adakah i-CHARGE selamat digunakan?
Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda.

12. Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?
Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada syarikat.

13. Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?
Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan ini pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

14. Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?
Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta berjalan lancar, malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda memeriksa kuasa voltan bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat bateri, sepertimana kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.

15. Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin kereta dimatikan?
Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran pemutusan litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang besar. Namun, kami ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, sebab kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik motosikal pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih kecil daripada kereta, jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik i-CHARGE dicabut selepas enjin motosikal dimatikan.

16. Siapa sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE?
Jangan anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta yang cenderung untuk mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka. Sebenarnya, ia dihasilkan untuk setiap pemilik kereta, terutamanya kereta lama atau alat-alat elektronik yang berkuasa voltan lemah. Namun, segala kecacatan tersebut boleh diatasi dengan pemasangan i-CHARGE kerana ia bukan saja mudah dipasang, apatah menyalurkan kuasa voltan yang stabil kepada semua alat elektronik supaya berfungsi dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian melambung tinggi ini, ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin anda. Jadi, belilah i-CHARGE, satu tindakan yang bijak bagi anda! Selain itu, i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan, misalnya kereta peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan sebagainya tanpa mengira ia mengguna petrol, diesel, petrol plumbum atau bukan plumbum.

17. Apakah perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain?
i-CHARGE boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan “Sistem 3 Dalam 1”, dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman dan menggunakan teknik yang mahir dalam penghasilan produk kereta buat berpuluh-puluh tahun. Mereka juga sentiasa meningkatkan teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi memanfaatkan para pengguna. Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen elektronik yang berkualiti tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran yang kuat berbanding dengan produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium sebagai pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain itu, ia juga merupakan satu-satunya pemantap voltan elektrik yang dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis pencucuh dalam kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam petak enjin kereta yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan gegaran. Pasti anda boleh bayangkan, sama ada i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk lain yang dipasang di dalam petak enjin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia?

18. Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu?
Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa i-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif akan menjadi lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang disalurkan kepada alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba mencabut soket i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. Tindakan ini sama seperti anda mencabut soket komputer daripada sumber arus elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam hal ini, i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar elektrik supaya keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga memberi satu tambahan fius untuk soket bagi setiap pembelian i-CHARGE supaya pengguna boleh menukarnya jika kemalangan berlaku. Namun, anda dinasihatkan agar menghantar i-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan bukan ketara sangat, i-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada produk itu i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap dinasihatkan supaya jangan mencabut i-CHARGE sesuka hati ketika kereta dipandu demi menjaga jangka hayatnya.

i-power untuk kegunaan rumah biskita




1. Bagaimanakah teori penjimatan tenaga i-POWER berfungsi?
i-POWER mula memperbaiki faktor tenaga sebaik sahaja tenaga diaktifkan setelah pemasangan. Ia bukan sahaja memperbaiki faktor tenaga perkakasan elektrik rumah, malah mengurangkan arus serta-merta, mengawal keselamatan dan kestabilan arus yang kemudiannya memperbaiki faktor kuasa untuk mencapai keberkesanan penjimatan elektrik

2. Apakah faktor kuasa tenaga produk?
Kami menggunakan arus elektrik ulang-alik di rumah, berbeza dengan litar arus terus yang biasa. Ketahanan ialah satu kesan langsung terhadap arus, maka faktor kuasa adalah 1. Namun, dalam penggunaan arus ulang-alik, satu rintangan yang sebenar wujud, terdapat satu rintangan maya yang dihasilkan oleh rintangan lingkaran yang menyebabkan voltan dan arus tidak dapat terselaras. Oleh itu, voltan dan bentuk gelombang arus tidak dapat bertindan dan menyebabkan faktor kuasa kurang daripada <1. Dalam kajian bekalan elektrik, arus dan gelombang voltan dalam keadaan yang paling ideal seharusnya diselaraskan. Penyelarasan membenarkan litar gelombang dalam muatan (perkakasan elektrik) untuk memaksimumkan fungsi-fungsi mereka.

Dalam formula P = V x I / T, iaitu: kuasa (P) = voltan (V) x arus (I) dan dibahagikan oleh masa (T). Kita tetapkan tenaga paling besar yang dijana ini sebagai = 1. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis lingkaran dan enjin dalam perkakasan elektrik kita, rintangan maya yang terhasil (oleh gegelung dan operasi enjin apabila frekuensi operasi dijana oleh rintangan) akan menjejaskan voltan dan fasa gelombang arus dan menyebabkan anjakan. Nilai anjakan voltan dan arus elektrik tidak dapat diseiraskan pada satu masa, maka tenaga adalah sentiasa kurang daripada <1. Anjakan menyebabkan ketidakcekapan perkakasan elektrik kita dan menambahkan penggunaan kuasa elektrik. Jika faktor kuasa hanya 0.7, itu bermaksud kita menggunakan 1/0.7 = 1.428 kali tenaga (iaitu 42.8% lebih) untuk perkakasan elektrik berfungsi.

3. Apakah anggaran kadar pembaikan faktor kuasa penggunaan i-POWER?
Pengeluar perkakasan elektrik rumah yang berlainan mempunyai pelbagai reka bentuk produk dan pertimbangan kos yang berbeza. Sebagai contoh, barangan buatan Jepun dan perkakasan elektrik China pasti mempunyai faktor kuasa yang berlainan. Negara dengan kos kehidupan yang tinggi seperti Jepun mempunyai caj setiap unit bekalan elektriknya yang lebih tinggi daripada negara-negara lain.

Sekiranya reka bentuk perkakasan elektrik mengambil kira faktor kuasa, penggunaan elektrik pada masa depan akan menjadi tumpuan reka bentuk tersebut berbanding dengan negara-negara lain dan produk itu pasti berharga lebih mahal tetapi kos elektrik pada masa depan secara relatifnya adalah rendah. Sesetengah perkakasan elektrik dijual kepada orang ramai yang tiada pengetahuan teknikal dan tidak memahami prinsip tenaga, oleh itu mereka selalunya membeli produk-produk yang lebih murah dengan faktor kuasa rendah. i-POWER akan dapat memainkan satu peranan penjimatan tenaga yang lebih besar dengan menggunakan mikrocip terbina dalam dan satu kombinasi kapasitor untuk menukar seluruh kuasa penawaran faktor, memperbaiki prestasi produk-produk dan menjimat antara 10-30% penggunaan elektrik Anda tidak perlu bimbang. Bunyi ini menandakan bahawa alternator motosikal anda tidak berfungsi dengan baik dan tidak mencapai tahap voltan yang mencukupi. Sekiranya litar pengesan i-MINI mendapati tahap voltan terlalu rendah, sensor ini akan mengeluarkan bunyi klik berulang kali. Ia akan terhenti sebaik sahaja enjin motosikal menjanakan tahap voltan yang mencukupi. Jika bunyi klik ini berlarutan, sila hubungi bengkel motosikal anda untuk memeriksa alternator dan juga bateri bagi mengenalpasti sebarang kerosakan.

4. Jika i-POWER adalah produk yang begitu baik, mengapakah pembekal-pembekal tenaga elektrik tidak menggunakannya?
Pendapatan utama pembekal-pembekal tenaga elektrik berpunca daripada caj-caj bekalan elektrik. Lebih penggunaan tenaga = lebih sumber pendapatan. Oleh itu, produk-produk penjimatan tenaga kepada pembekal-pembekal bekalan elektrik bermakna produk-produk yang mengurangkan sumber pendapatan mereka. Ini tidak bersesuaian dengan tujuan operasi mereka dan tidak sejajar dengan kepentingan perniagaan mereka. Anda harus faham sekarang.

5. Adakah penggunaan i-POWER dianggap sebagai pencurian bekalan elektrik?
i-POWER digunakan di samping perkakasan elektrik rumah anda, oleh itu ia dianggap sebagai salah sebuah perkakasan elektrik anda. Ia tidak dipasangkan pada meter elektrik dan tidak akan menjejaskan pembacaan meter. Berdasarkan hujah-hujah ini, i-POWER tidak terlibat dengan pencurian bekalan elektrik.

6. Adakah kajian kes penjimatan elektrik lain yang serupa dengan struktur i-POWER?
Ya, dalam kilang-kilang skala besar, bil elektrik bulanan mereka berjumlah jutaan ringgit, tambahan pula, semua mesin mempunyai enjin-enjin besar, oleh itu kilang-kilang skala besar lazimnya akan melantik perancang bekalan elektrik semasa pembinaan kilang untuk mendirikan mesin utama yang besar, iaitu penjimat tenaga elektrik yang menyerupai i-POWER pada punca bekalan elektrik utama dalam kilang, dengan kos pemasangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit. i-POWER adalah produk keselamatan ringan isi rumah yang serupa, kami amat berbangga untuk memperkenalkan produk ini kepada anda.

7. Apakah jangka hayat i-POWER?
Syarikat menawarkan jaminan 1 tahun, jangka hayat sebenarnya bergantung kepada litar di rumah anda. Jika litar (perkakasan elektrik) anda mempunyai kualiti yang stabil dan diperbuat oleh pengeluar yang bermutu tinggi, jangka hayat i-POWER akan amat panjang. Sebaliknya, jika keberkesanan perkakasan elektrik adalah rendah, i-POWER perlu menanggung bebanan kapasiti yang lebih besar yang akan memendekkan jangka hayatnya. Menurut data yang ditunjukkan oleh pengeluar Jepun, jangka hayat i-POWER adalah sekurang-kurangnya 4-5 tahun, dianggarkan terdapat juga jangka hayat yang mencecah 10 tahun.

8. Adakah sebarang sekatan pemasangan i-POWER? Bagaimanakah untuk memastikan bahawa i-POWER berfungsi terhadap semua bebanan elektrik?
Sebagaimana meter rumah kita, litar dalam rumah kita boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tetapi penggunaan elektrik keseluruhan akan melalui meter untuk tujuan pembacaan. Ini menunjukkan bahawa semua litar adalah sama dan i-POWER berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, arus elektrik mempunyai ciri-ciri rintangan kuasa supaya ia berfungsi terhadap litar yang lebih dekat untuk keberkesanan yang lebih baik. Mengapakah semua litar dalam sesebuah rumah dibahagikan kepada beberapa bahagian? Ini adalah kerana jika salah sebuah perkakasan elektrik rumah kita rosak, litar tersebut tidak akan terjejas. Apabila semua litar berjalan dengan lancar (iaitu, fius berfungsi seperti biasa), i-POWER akan berfungsi di sepanjang litar keseluruhan dalam rumah. Sekiranya keadaan litar pintas berlaku dan kebetulan i-POWER berada pada litar itu, ia akan berada dalam keadaan tidak berfungsi buat sementara waktu. Kami percaya bahawa penghuni rumah akan membaiki litar tersebut dalam masa terdekat dan i-POWER pada litar yang sama akan berfungsi seperti biasa semula.

9. Jika begitu, berapa banyakkah i-POWER yang diperlukan oleh sesebuah keluarga?
Walaupun i-POWER dapat berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung, i-POWER mempunyai batasannya. Jika sesebuah i-POWER perlu menyelaraskan perkakasan elektrik rumah lebih daripada keupayaannya, ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Lazimnya, perkakasan elektrik rumah yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak didapati di dapur, diikuti oleh pemampat penyaman udara, peti sejuk dan perkakasan elektrik sedemikian yang menggunakan elektrik dengan banyak. Biasanya adalah mencukupi bagi sesebuah keluarga untuk memiliki 2-3 i-POWER, hasil penjimatan elektrik adalah lebih baik dengan lebih banyak i-Power.

10. Betapa selamat penggunaan i-POWER?
Untuk memenuhi criteria permintaan dan kualiti tinggi daripada pelanggan-pelanggan kami, kami menggunakan bahan rintangan nyala untuk membina selongsong i-POWER. Kami juga membina dalam cip komputer pencantasan terma tinggi yang terpadam sendiri apabila i-POWER mengesan aliran arus yang terlebih atau terdapat keadaan peningkatan voltan. Hanya apabila voltan dan arus kembali normal, ia akan pulih ke keadaan asalnya. Maka, adalah 100% selamat untuk menggunakan i-POWER, dan dengan pemeriksaan kawal kualiti tiga ganda (3x) kami, semua i-POWER dijamin amat selamat sebelum mereka tiba ke dalam tangan anda.

i-mini untuk Motor biskita





1. Apakah voltan bateri yang sesuai digunakan untuk i-MINI?
Program cip komputer i-MINI sesuai untuk digunakan pada bateri bervoltan 6 hingga 12 Volt. Motosikal berkuasa rendah lazimnya menggunakan bateri 6V manakala motosikal berkuasa 600cc dan ke atas pula selalunya menggunakan bateri 12V. Anda tidak perlu menggunakan i-Mini yang berlainan untuk kedua-dua jenis voltan ini. Hanya lakukan penyambungan dan manfaatkan ia dengan sepenuhnya.

2. Di mana i-MINI boleh dipasang pada motosikal saya?
Anda boleh membuat sambungan ke wayar i-MINI atau memasangnya di mana saja anda ingini, dengan syarat tempat yang anda pilih mampu melindungi i-MINI daripada kerosakan akibat air atau karat. Lokasi yang disyorkan adalah seperti di dalam ruang bateri atau di bawah tempat duduk. Jika anda perlu mengubahsuai badan motosikal bagi tujuan pemasangan, sila dapatkan bantuan pakar bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa proses tersebut.

3. Kenapa i-MINI kadang kala berklik semasa saya menghidupkan motosikal?
Anda tidak perlu bimbang. Bunyi ini menandakan bahawa alternator motosikal anda tidak berfungsi dengan baik dan tidak mencapai tahap voltan yang mencukupi. Sekiranya litar pengesan i-MINI mendapati tahap voltan terlalu rendah, sensor ini akan mengeluarkan bunyi klik berulang kali. Ia akan terhenti sebaik sahaja enjin motosikal menjanakan tahap voltan yang mencukupi. Jika bunyi klik ini berlarutan, sila hubungi bengkel motosikal anda untuk memeriksa alternator dan juga bateri bagi mengenalpasti sebarang kerosakan.

4. Berapa peratuskah penjimatan kuasa atau minyak hasil penggunaan i-MINI?
Kami tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana ia lazimnya bergantung kepada keupayaan asal enjin anda. Bagi sesetengah enjin baru dengan komponen-komponen serba baru yang dilengkapi i-MINI, anda boleh menikmati kuasa yang lebih tinggi dengan penggunaan minyak yang sedikit. Enjin yang lebih lama mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan perubahan. Namun, walau apa jua jenis motosikal anda, alternator dan bateri lazimnya tidak berfungsi pada tahap optimum. Kepincangan ini dapat diperbaiki sebaik sahaja i-MINI dipasang. Hasil ujian yang dijalankan, Zeromax Jepun telah berjaya membuktikan penjimatan sebanyak 10-30% untuk pelbagai jenis motosikal apabila i-MINI digunakan

5. Berapa panjangkah jangka hayat i-MINI?
Zeromax Jepun menawarkan jaminan 12 bulan kepada pengguna yang membeli i-MINI daripada MXB. Produk ini dianggarkan dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis motosikal serta kaedah penggunaan. Sepanjang tempoh waranti, MXB akan menukarkan sebarang i-MINI yang rosak dengan satu unit baru mengikut syarat yang ditetapkan.

6. Selain waranti produk, adakah motosikal dilindungi oleh sebarang waranti lain?
MXB telah menginsuranskan sejumlah USD500,000 (500 ribu Dollar US) dalam insurans liabiliti produk di seluruh dunia. Jika pihak ketiga yang diberi kuasa berjaya membuktikan bahawa sebarang kerosakan pada motosikal anda, di bawah operasi normal, adalah diakibatkan oleh i-MINI, maka insurans akan melindungi kerugian kenderaan anda sehingga jumlah maksimum USD500,000.

7. Kenapa i-MINI terasa agak panas selepas ia terpasang untuk seketika?
i-MINI tidak akan terasa panas. Sebenarnya, situasi yang anda maksudkan berlaku apabila haba enjin motosikal anda memanaskan rangka aluminium i-MINI. Di dalam litar i-MINI, tidak ada satu pun komponen elektronik yang menjanakan haba semasa i-MINI terpasang. Jadi, kepanasan yang anda rasai itu adalah haba yang terhasil daripada enjin dan bukannya daripada i-MINI. Haba panas ini tidak akan merosakkan i-MINI kerana semua komponennya telah direka khusus oleh Zeromax Jepun untuk menahan haba yang tinggi dan getaran yang kuat.

Crocs Band For Sale






Colour : Black, Blue Navy, Red, Purple.
Size 41,42,43,44,45 still available
Price : $15.00 + 2 free jibbitz
Call or sms : 8129259/8762274/8181002

Tein Coilovers Superstreet for IS200 / Altezza For Sale



Tein coilovers superstreet for IS200 / Altezza
Price : $1100.00 Neg
Just Call or Sms : 8181002

NEW UNCUT KEY



NEW UNCUT KEY
For Toyota Estima
only $40.00
Call or Sms : 8229259

ANTENNA FOR IS200 / ALTEZZA



Antenna For IS200 / ALTEZZA still NEW
Only $50.00
CALL OR SMS : 8181002

TURBO TIMER GREDDY/TRUST FULLY AUTO



TURBO TIMER GREDDY/TRUST FULLY AUTO
(ORIGINAL JAPAN)
PRICE : $120

CALL OR MSG TO THIS NO: 8181002

SOLD!!!AMPLIFIRE SOUNDSTREAM PICASSO PCA2.260




AMPLIFIRE SOUNDSTREAM PICASSO PCA2.260
Specifications

No. OF CHANNELS -- 2
OUTPUT (watts)
RMS @ 4 Ohms -- 80 x 2
RMS @ 2 Ohms -- 130 x 2
RMS @ 4 Ohms Mono -- 260 x 1
T.H.D -- < 0.02%
Frequency Response -- 10 - 30K
S/N Ratio -- >97dB
Damping Factor -- >200
Input Sensitivity -- 0.2 - 6.0V
Crossover Slopes -- 12dB
Crossover Freqs : High-Pass -- 50 - 600
Low-Pass -- 50 - 150
Subwoofer EQ -- 0 - 18dB
Subwoofer EQ Freq -- 40 - 120
Dimensions (inches) -- 11 x 2.5 x 1
PRICE : $80
JUST CALL OR SMS : 8181002